Pengikut Setia !


Jumaat, 11 Mac 2011

apa ertinya?????

Apa ertinya cinta?
Sedalam dan seikhlas manakah cintamu kepadaku itu.? Belum sebulan kita mengenal satu sama lain, engkau telah mengucapkan kata-kata cinta yang indah itu pada ku. Apakah maksud semua itu? Dalam tempoh masa yang singkat ini, engkau telah beri pada ku janji-janji manis Mu itu.
Ku akui bahawa diriku terdapat banyak kelemahan dan aku tidak secantik manapun. Tetapi, tidakah engkau hiraukan semua itu? Setahu ku, kaum lelaki zaman sekarang hanya akan lihat pada penampilan, bentuk badan dan kecantikan seseorang wanita yang ingin dimiliki itu. Kenapa engkau tidak serupa dengan lelaki sebergitu.
Sudah berkali ku katakan pada mu bahawasanya, pada suatu hari nanti, engkau akan menyesal kerana menyayangi diriku ini. Kalau ingin di bandingkan aku bersama dengan gadis lain, diibaratkan seperti langit dan bumi. Aku tidak ingin engkau menyesal seumur hidupmu hanya kerana kesilapan besar mu yang satu ini.
Sememangnya, isi hatiku ini telah banyak kali diguris dan disakiti sebelum aku mengenali dirimu. Hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya untuk menjalani sebuah kehidupan yang jauh dari kesempurnaan. Tetapi, ketibaan dirimu dalam hidupku, sikit sebanyak membawa penawar pada kelukaan di hatiku itu. Aku berterimaksih sangat pada mu yang sudi menyayangi diriku ini. Tapi, aku harap engkau akan ditemukan dengan gadis yang sempurna, lawa, baik hati dan yang pandai menjaga hati mu itu, suatu hari nanti. Biarlah diriku kembali bersendirian. Bukan ku tak sudi untuk menerima cintamu itu, tetapi aku lebih bahagia apabila kau temu dengan yang lebih baik dariku.
Cinta perlukan pengorbanan. Aku rela untuk mengorbankan kebahagianku, yang dapat ku rasakan setiap kali aku di sisimu, hanya untuk melihat kau bahagia. Engkau adalah seorang lelaki yang baik hati, bertanggungjawab pada keluarga, penyayang dan rendah diri. Aku yakin bahawa engkau berhak untuk dapatkan yang terbaik untuk dirimu. Kan ku simpan segala memori kita bersama di dalam lubuk hatiku.
Kekasihku, masih belum terlambat lagi untuk kau menarik diri. Aku pasrah dengan segala ketentuan Allah SWT. Usahlah engkau risaukan aku. Akan aku pujuk hati ini semoga lebih senang untuk aku melepaskan cinta dan kasih sayangmu itu. Akan aku doakan kebahagianmu itu. Dan jangan lah engkau sesekali menaruh harapan yang tinggi terhadapku. Kerana gadis yang jelek ini, tidak layak untuk menerima kasih dan sayang mu itu...

Tiada ulasan:

comment ye