Pengikut Setia !


Sabtu, 19 Januari 2013

luahan hati seorang anak(jika suatu hari engkau menjengukku di penjara)

ibu dan ayahku tersayang.


   aku senantiasa mendengar,orang mengatakan bahawa rumah adalah padang kehangatan dan syurga kedamaian yang dinaungi oleh cinta dan kasih sayang,akan tetapi mengapa wahai ayah ibu,rumah kita berbeza dari apa y aku dengar dan aku lihat,kenapa rumah kita justeru menjadi medan pertempuran yang berlangsung antara kamu dengan ibu hingga akhirnya melumat kebahagiaan keriangan dankegembiraan kira
.wahai ayah dan ibu,mengapa kalian berdua tidak berhenti dari selisih faham yang membakar saraf kita dan merobek2 kebahagiaan kita.rumah kita telah menjadi tempat y tak tertahankan oleh kerana itu,aku sangat berkeinginan untuk tidak masuk bahkan aku sering berangan2 bila aku boleh keluar dari rumah ini ..seperti seorang kawanan yang terikat tali dan terbelit rantai menunggu saat ikatannya itu terbuka agar dia dapat melangkah kedua kakinya dengan bebas

ibu dan ayah,
apabila aku telah keluar dari rumah aku diumbang ambingkan pula oleh dunia dan nafsunya.syaitan2 dan dosanya lalu aku merasa tertekan oleh diriku sendiri,kakiku merasa letih kerana berjalan,dan jiwaku merasa lelah kerana kesedihan,sampai disini aku terpaksa kembali semula kerumah yang menyeksakan,dalam keadaan kalah lagi terlantar laksana seorang hamba yang lari lalu dikembalikan kepada tuannya padahal seanjang masa ia telah berbuat salah,aku akan kembali kerumah itu untuk duduk di satu sudut,kesalah satu tiangnya sambil menggigit jari kesalan merawat lukaku sendiri kerana sakitnya penderitaan,menyatukan kembali saraf2ku yang masih tersisa membakar semangat yang masih ada dalam raga mencabut rasa pedih y ada dalam jiwa bila lagi wahai ibu dan ayah?aku dapat merasakan dalamnya ketenteraman yang aku dambakan dalam rumah ini...

ibu dan ayahku tersayang,
jika pada suatu hari,engkau datang menjemputku di rumah sakit,
atau mengunjungiku dipenjara,atau mencariku dilorong2 gelap sedang mencucuk diriku sendiri,atau mengeluarkanku dari kesulitan yang besar,

maka janganlah kau menghinaku,arahkanlah penghinaanmu itu kepada dirimu sendiri,kerana aku adalah korban perselisihan,korban pertengkaran,korban kejahilan,korban kesibukkan,yang memenuhi setiap ruang rumah kita,siang dan malam oleh kerana itu aku berharap kepadamu wahai ibu dan ayah supaya engkau tidak menjadikanku sebagai tawanan perselisihan,taruhan pertikaian

,tetaplah bersama kebenaran,berpegang teguhlah kepadanya dengan kejujuran dan mundurlah kalian daripada kesalahan dan kejahilan,perbaikilah keadaan bersama ibu,satukanlah pandangan dan tujuanmu,kasihanilah orang yang berada di bumi wahai ibu dan ayahku,pasti engkau akn dikasihi oleh ornag yang berada dilangit.

dari anakmu yang kehilangan,,
siti mashitah BINTI INTEKA KHUSSAIN.

Tiada ulasan:

comment ye