“bila kita berubah kerana Allah, Allah akan hantar orang2 yang baik bersama kita”
jujur. hati dapat merasa.
saat hati terasa benar benar penat dengan dunia.
saat hati rasa kosong dengan dunia.
saat hati terdetik untuk berubah
saat hati terasa sukar untuk mengungkap
saat hati mula memandang yang aku perlu kenal Islam
saat itu, Allah beri aku tempat baru, Allah beri aku kawan baru, Allah beri aku rasa perubahan itu. Alhamdulillah.
walau terkadang diri terpesong, walau terkadang diri lalai,
tetap ada sahabat yang membetulkan.
pernah hati rasa giveup. penat dengan “pandangan dan nilaian” orang sekeliling, namun “bulatan gembira” takpernah mengecewakan.
perlunya hati untuk terus kuat. perlunya hati untuk terus berdamping dengan sahabat soleh, perlunya untuk ada sesuatu yang boleh menyelamatkan saat jatuh.
berubah itu mudah, istiqomah itu payah.
berkata dan menulis itu mudah, beramal itu payah.
untuk apa berubah, andai tiada rasa dijiwa dekat pada yang Esa.
untuk apa berubah, andai hanya mahukan pujian dunia.
sukar untuk menepis, namun lebih sukar andai ia tidak ditepis.
moga diri terus kuat menahan panahan dunia.
dunia hanya sementara.
amal juga yang akan kekal menyelamatkan kita “disana”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan