Pengikut Setia !


Isnin, 30 Julai 2018

KISAH 2014

Aku pernah post benda ni, saja aku post lagi sebab aku terjumpa kat fb memories tadi, and aku nk bnde ni terpapar lagi,
اَلْحَمْدُلِلّهِ aku dah jumpa pemilik tulang rusuk aku, And aku bahagia,, dan kau??

Ye kau tak pernah lari jauh dari aku, aku sentiasa tgk kebahagiaan kau,,

Dear EX !!
(Sy harap bnde ni sampai ke penatapan kelopak mata awak)

Saya nak awak baca n tahu!! Walaupon kita dah xde pa2 lagi!
Saya belum padam semua mcg kita dari harifirst kita couple n mcg last awak utk saya lpastu kita dah ak contact! Lw awak nak taw stiap hari saya habiskan maa sej sebelum tidur utk baca smua mcg2 kita smbil air mata saya mngalir! Smpai saya dah hampir hafal semuanya awak!! Saya betol2 rindukan awak! Walaupon saya taw apa y saya rasa ni salah! N saya terpaksa jugak! Rindu ni datang sendiri! Saya dah halang! Tp dy btandang kat hati saya!! Mcm mana saya nak buang awak dalam hidup saya? Sedangkan setiap saat! Setiap nafas saya! Hanya ada setiap knangan saya dengan awak! Mungkin awak jenis lelaki yang boley disayangi berkali2 tapi saya tak!! Saya hanya percaya pada satu cinta! Walaupun saya tahu awak bukan jodoh saya! Tapi saya sangat2 berharap tidak diabaikan awak sekarang saya cuba untuk terima hakikat yang saya hanya persingahan awak !! Pelepas sepi awak! Tapi saya x mampu! Saya dah cuba sedaya upaya untuk lari dari bayang awak! Tapi semakin saya lari semakin bayang awak menghantui saya! Setiap lagu yang saya dengar mesti mengingatkan saya pada awak! Setiap saat saya tengok gambar awak! Dan lebih menyakitkan bila saya cuba untuk melupakan awak dengan cara saya sendiri! Saya tengok gambar awak dengan DIA utk memahamkan hati saya yang ternyata awak milik dia dan akan jadi milik hakiki dia! Saya tak mampu untuk membenci awak! Mahupun melupakan awak!! Awak walaupon awak xbaca ni! Saya harap sangat awak baca bnda ni satu hari nanti! Saya harappp saya nak awak baca!! Say pendam semua ni! Saya tunjukkan pada semua irang yang saya happy! Saya langsung x cakap pasal awak kononnya saya x ingat awak! Saya bercakap , bermesra dengan lelaki lain! Ganti2 lelaki saya buat relationship kat fb!! Sbb saya nk tipu diri saya! Tapi awak!! Sakit sangat semua ni!! Saya cuba utk paham apa yang hati saya mahukan dari awak! Tapi saya x dapat jawapannya waktu awak tanya saya! Apa sebenarnya saya mahu dari awak!! Awak hari ni saya dah dapat jawapn dari kebodohan saya! Saya mahukan perhatian dan kasih sayang awak! Itu ja! Tapi saya x akan dapat smua tu lagi!!  Tapi awak hati saya memberontak! Hati saya x nak lepaskan awak! Hati saya xpernah buang awak! Saya cakap saya benci awak! Saya menyesal kenal awak tapi sebenarnya tak awak! Mengenali awaka dalah perkara terindah dalam hidup saya! Xpernah saya menyesal mahupon saya membenci awak!! Kalau awak anggap post ni saya berharap pada awak!! Hentikan tanggapan awak tu!! Sebab awak salah! Tiap hari dalam doa saya saya x pernah jemu doakan kebhagiaan awak! Saya dah kunci hati saya!! Awak lelaki terakhir! TERAKHIR awk!! Saya akan cuba lupakan awak ! Tapi awak!! Mungkin utk lupakan awak saya perlu menggunakan seluruh kekuatan dan mungkin nyawa saya! Awak!! Saya mohon pada awak! Jangan pernah maikan hati perempuan! Awak dah jumpa teman hidup awak! Jga lah dia! Jangan lepaskan permata kerana terperdaya dengan biasan kaca! Awak saya x mahu berhenti menulis!! Bnyak yang terbuku dalam hari saya! Mungkin orang akan cakap saya menagih kasih awak! Tapi awak! Saya hanya nak awak tahu yang saya terlalu sayangkan saya dan saya jadikan awak lelaki terakhir dalam hidup saya! Smpai hari ni! Sehingga saya bertemi pemilik tulang rusuk saya! Insyaallah! Awak saya harap awak baca bnde ni!

Rabu, 23 November 2016

Everything can change

Apa² saja boleh berlaku dalam satu hari.
Semalam kita sembang kencang,
hari ini kita diam membisu.

Semalam kita bergelak ketawa,
hari ini kita berduka lara.

Semalam kita bergurau senda,
hari ini kita jadi 'stranger'.

Kau kena faham ---
hati manusia ini berbolak balik.
Allah saja yang Maha Kekal.
Allah yang membolak-balikkan hati manusia.

Kau tak boleh salahkan manusia itu berubah.

Kau tak boleh salahkan manusia itu.
TAK BOLEH.

Kita mungkin berlainan pendapat tapi aku tetap nak cakap jugak...

Jangan nilai kenapa seseorang itu berubah dalam sekelip mata. Kita kena belajar kenal Allah. Sebab semua yang berlaku Laa hawla wala khuwwata illa billah. Semua yang berlaku atas kuasa Allah. Allah jualah yang maha berkuasa atas tiap² sesuatu.

Ingat tu.

MACAM MANA AKU MATI NANTI!!

Dulu ---
masa saya free hair,
saya color kan kuku.

Lepas tu saya terfikir....
"Ya Allah... bila aku mati... mesti aku menyusahkan orang² yang mandikan jenazah aku sebab diorang kena buang color pada kuku aku ni nanti. Haihh... sampai mati pun aku susahkan orang lain.

Lepas tu ---
saya dah tak color kan kuku saya lagi.

Masa saya blonde free hair dulu ---
mesti saya terfikir....
"Ya Allah... nanti aku mati, mesti kena botakkan rambut sebab aku ubah ciptaan Allah dengan blonde kan rambut. Allah tak terima aku nanti."

Lepas tu ---
saya tak color rambut lagi dah.

Semuanya bermula dari lintasan dalam fikiran teringat Allah dan "MACAM MANA AKU MATI NANTI."

Nauzubillahminzalik.

Ampuni aku ya allah!!

Menjadi seorang gadis liar diusia muda mungkin antara nikmat dunia yang Allah beri untuk kita jadikan pedoman, pengajaran dan pengalaman. Tak ada yang seronok mana pun. Penat tapi penat itu kita tak rasa sebab dah dibaluti dengan nikmat dunia. Bergelumang dengan dosa, berkecimpung dengan noda, menikmati hidup gelak tawa tanpa hiba, lupa segalanya, hirup nikmat bahagia yang dikatakan syurga. Masa ini kita tak rasa apa. Ujian Allah pun tak 'hinggap' sangat pada kita. Sayangnya kita tak rasa pun yang kita semakin jauh dari Allah.

Sebab apa kita tak rasa jauh dari Allah?
Sebab kita dah 'lena' diulit nikmat dunia.
Mana kita nak rasa apa dah.
TAK ADA.

Dan satu hari...
dimana engkau tersedar akan dosa-dosa yang pernah engkau lakukan. Masa itu engkau akan menangis. Nak solat pun kau dah lupa macam mana. Nak mengaji lagilah tak tahu.

Dari sinilah engkau mula bangkit, sedar akan kejauhan engkau dengan Tuhan. Kau mula solat, jaga aurat, jaga ikhtilat. Lama-lama kau rasa kau boleh buat dan terus kuat. Bermulalah perjalanan hijrahmu.

Rupanya kita silap.
Kita ingat kita dah cukup kuat.
Nak dekat pada Allah, nak menjauh dari dosa, nak istiqamah jaga solat, nak istiqamah jaga aurat, nak istiqamah jaga ikhtilat... kita silap. Kita ingat kita kuat nak jaga semua tu. Kita lupa yang hati kita ini Allah yang takluk. Kita lupa yang Allah memegang hati kita. Kita lupa Allah yang membolak-balikkan hati kita. Kita lupa. Lupa hak Allah pada makhluk-Nya.

Maka apa yang jadi?

Allah beri kita UJIAN. Dimana Allah membolak-balikkan hati kita. Allah datangkan ujian untuk menguji kita. Allah hadirkan macam-macam situasi pada kita. Allah Maha Tahu tapi Allah nak kita sendiri lalui ujian itu.

Maka apa jadinya?

Kita kalah dalam ujian Allah walaupun kita cuba untuk kuat. Allah... ampuni aku Ya Allah! Kita kalah dalam menempuh ranjau yang Allah beri. Kita 'jatuh' teruk. Kita kembali kufur, kembali bermaksiat, kembali menjadi hina, kembali kotor!

Ya Allah...
sesungguhnya aku penat menjadi gadis liar, Ya Allah. Demi Allah, aku ingin menjadi wanita solehah, Ya Allah.

Ya Arhamar rohimin.
Ya Arhamar rohimin.
Ya Arhamar rohimin.
Ampunilah aku, Ya Allah.
Rahmatilah aku, Ya Allah.
Redhailah aku, Ya Allah.
Berkatilah hidupku, Ya Allah.
Perbaikilah akhlakku, Ya Allah.
Angkatlah darjatku, Ya Allah.
Pimpinlah aku ke jalanMu, Ya Allah.

Allahumma aamiin.

Rabu, 22 Jun 2016

Kita semua rasa!

Apabila kau hilang someone yang kau sayang, mesti akan ada sekelompok manusia yang hidup sekeliling kau berteriak umpama mereka faham apa yang kau rasa. Time tu juga tiba-tiba muncul manusia yang  berteriak lantang seolah-olah mereka tahu kau ni jenis orang yang macam mana, dan tahu strategi yang kau akan guna untuk settle semuanya.

Tetapi, dalam kelantangan mereka berkata umpama mereka peduli tentang semua benda. Tak ada seorang pun yang jujur dengan kau, bukan tipu, cuma tak jujur. Percayalah, dan aku rasa kau sendiri pun tahu. Tak ada seorang manusia pun yang betul-betul faham perasaan kau, yang tahu keadaan kau bila kau melepet kesepian dekat rumah sensorang, yang peduli bila kau terlentang atas katil meratap langit yang terbentang, tak ada siapa tahu macam mana duka lara kau rasa bila kau menangis menjerit sensorang.

Kau ingat mereka peduli?

Tak ada siapa peduli.

Aku pasti.

Mati hati ni sebenarnya lebih kurang je dengan mati jiwa. Cuma bila mati hati, kau masih diberi peluang untuk teruskan hidup dan bina segalanya semula, itu bezanya.

Bila kehilangan, mesti akan ada proses pembentukan semula. Mencari semangat untuk bangun dengan gagah memapah segala kudrat dan kehendak yang ada untuk mengutip sisa-sisa cebisan yang berderai. Memang makan masa, ada yang mengambil masa dua tiga minggu, ada juga yang berbulan-bulan dan bertahun lamanya. Bila dah lepas stage meratap, bila kekuatan dah ada dan segala kudrat dah dihimpun bersama. Kau sendiri akan bangun tersenyum dan merasa sebenarnya dunia ni tak ada lah sekejam mana yang kau, aku, dan kita semua sangka. Tetapi, nanti, akan ada benda yang mendorong kau mengenang kenangan lama.

Aku pasti, pasti ada.

Kau fikir kau dah terima rasa kehilangan tu, tapi satu benda jadi.

Puff!

Umpama magik, sekelip mata sahaja.
Buat kau rasa kau kehilangan benda yang sama. Sama macam dulu yang kau rasa.

Ramai orang percaya bilamana kita dah berjaya lompat keluar dari satu dimensi yang penuh kesedihan kita dah berjaya lari dari luka lama. Sebab apa? Sebab orang kata, 

“Kenapa nak ingat luka lama, bila yang suka dah ada depan mata?”.

Tetapi kita lupa, tiap yang terbuka tu perlu ditutup semula. Kau takkan mampu baiki semua luka dalam satu masa. Macam mana kau belajar menjadi manusia dari sekecil bayi sampai sebesar hari ini, macam itu juga lah kau perlu bangun dan belajar memperbaiki hati. Langkah demi langkah. Kau takkan berjaya tutup semua luka bila dah ada suka depan mata, tapi kau akan kutip satu persatu cebisan jiwa yang kau hilang dan cantumkan semula bila tiba masa.

Kau akan rasa mati hati berkali-kali, tapi sakit tu kau akan rasa berkurang sedikit demi sedikit saban hari.


Suka dan duka tu sebenarnya satu benda yang saling berkait, kau takkan dapat salah satu tapi kau akan rasa dua-duanya sekali. Kau nak suka? Kau kenalah rasa dukanya. Tapi ingatlah, bilamana kau cuba tempuh saat kehilangan jangan cuba berlagak seperti kau dah cukup kuat untuk hadap semua sakit tetapi cuba belajar untuk kuatkan hati. Set kan minda kau sendiri yang mana bila orang yang kau sayang mati dalam jiwa, tak semua benda dalam dunia ni mati bersama dia. 

Menangislah semahunya, meratap lah bagai gila dan ambil masa seberapa lama mana pun yang kau ada. Fikirlah, dalam kau menangis cuba berusaha membaik pulihkan jiwa dan keadaan, akan ada manusia lain dalam masa yang sama yang sedang tersungkur terjelepuk jatuh dan menahan kesakitan sebab kehilangan.

Dalam menempuh hari yang mendatang, pasti akan ada hari kau hilang orang yang kau sayang, kau patah hati. Kau kena tahu yang kau takkan mampu lenyapkan semua luka dalam kotak masa yang kau ada sebab kau cuma manusia biasa. Kau bukan adiwira. Kau tak ada superpower.

Semua yang jadi, bersebab. Kau takkan dapat jawapan terus menerus kepada setiap persoalan. Cuma simpan rasa percaya, dan jaya tu akan datang sendirinya. Dunia takkan bentangkan semua dan suap kau dengan jawapan kepada soalan yang kau hamburkan, tetapi dunia akan mengajar kau cara untuk mencari tiap langkah kepada jawapan.

Dunia tak kejam macam yang kita sangka.

Mungkin dalam tiap kemanisan, pasti ada kelukaan.

Tetapi jangan lupa, dalam luka tak mustahil ada manisnya.

Angan angan!!


Sebenarnya aku ada satu angan-angan. Which is duduk berbual dengan someone (a guy) over a cup of coffee. Dan kitaorang akan berborak itu dan ini macam dah lama kenal. Bukan untuk jatuh cinta, cuma aku nk kenal, nk lebih dekat!! Mungkin sbb aku suka cara dia, tapi xbermakna aku ada hati dengan dia,, maybe im look weird tapi aku nak sangat satu table ngan dia,, 

Dan sekarang tertanya-tanya adakah angan-angan itu akan menjadi kenyataan? 

Semua yang berlaku bukanlah kebetulan!

dari dulu sampai sekarang, aku tetap percaya everything happens for reason. Dan tak ada kebetulan dalam dunia ni. 
Dan kalau ada, ia cuma ada dua jenis sahaja kebetulan. Anda tahu apakah jenis jenis kebetulan itu?

1. Kebetulan yang diatur oleh Tuhan
2. Kebetulan yang diatur oleh manusia. 

Bila aku reminiscing lots of thing that happen dalam hidup aku untuk beberapa tahun ini, I guess I starting to understand it. Sama ada manusia yang muncul dalam hidup kita walaupun sekejap, actually teach us lots of thing. Or maybe one thing that will change our perception about life. 

2015&2016, banyak mengajar aku tentang pengalaman hidup. And I was lucky Allah tak biarkan aku keseorangan. DIA hadirkan beberapa orang manusia dalam hidup aku, ajar aku erti sabar and lots of thing. Mungkin manusia-manusia yang DIA hadirkan itu tak lagi berada dalam kehidupan aku, but aku appreciate kehadiran mereka yang sekejap. 

Till then and now, aku masih tak percaya pada perkataan kebetulan!! 

comment ye