Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku
Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
Cuba anda semua hayati lirik di atas, memang akan tersentuh hati lah. Dan hari ini aku bakal mengetengahkan tentang lagu yang bertajuk KeredhaanMu oleh In Team.
Kenapa aku pilih lagu ni? Sebab lagu ini memang cukup untuk membuatkan seseorang insaf seketika akan dosa-dosa yang telah dilakukannya. Tatkala aku mendengar dan menghayati lagu ini, lagu ini sudah cukup untuk membuatkan air mataku jatuh bergelinangan.
Akan tetapi, itulah masalahnya, insafku hanya sementara. Beberapa minit kemudian, perasaan insaf tersebut pun akan pergi bagai tiupan angin yang berlalu pergi, betul tidak? Wajarlah bahwa jihad nafsu itu lebih besar dari jihad Fisabilillah kerna jihad nafsu musuhnya tidak nyata dan susah untuk kita tangkis.
Bercakap mengenai nafsu, aku teringat lagi kisah Nabi Adam dan Hawa serta ibu iblis dan anak iblis yang pernah diceritakan oleh kawanku. Ceritanya amat menarik dan aku rasa sungguh tertarik untuk mengetahui lebih lanjut walaupun mungkin agak kedongengan bagi sesetengah orang.
Ceritanya mengenai bagaimana ibu iblis memikirkan cara untuk menghasut anak cucu adam, pelbagai cara digunakan termasuk kononnya menyuruh Hawa menjaga anak iblis ni. Setelah diketahui oleh Nabi Adam, maka, mereka pun mencincang dan menggantungkannya di pokok. Namun, keesokkannya, ibu iblis datang menuntut anaknya dan Hawa pun menceritakan hal sebenar dan menjeritlah ibu iblis untuk memanggil anaknya. Maka, bercantum kembalilah anak iblis itu. Ibu iblis tidak puas hati dan menyuruh Hawa menjaga anaknya kembali. Setelah Nabi Adam pulang dan mendapati anak iblis masih di rumah mereka, maka, Nabi Adam pun menggunakan cara lain iaitu mencincang anak iblis tadi dan campakkan ke laut supaya payah untuk anak iblis itu bercantum.
Namun, semua itu sia-sia setelah ibu iblis memanggil kembali anaknya. Untuk kali ketiga, nabi Nabi Adam pun mencincang separuh anak iblis itu dan bercadang untuk memakannya supaya payah untuk anak iblis itu bercantum kembali. Dan sememangnya cara itu berhasil sekali. Tapi, apabila ibu iblis memanggil anaknya, maka, bersahutlah anak iblis itu dari dalam badan Nabi Adam dan Hawa. Maka, ibu iblis pun gembira dan menyuruh anak iblis duduk diam-diam di dalam badan mereka dan terus menghasut anak cucu adam.
Maka, sebab itu lah ibu iblis telah menanam anaknya dalam hati kita iaitu NAFSU. Nafsu ini akan lemah sekiranya kita membaca bismillah untuk setiap pekerjaan yang kita lakukan dan kalau kita puasa. Apa-apa pun, moga kita semua dapat melawan musuh no 1 kita ini iaitu nafsu, begitu juga aku. InsyaAllah. Amin.
p/s sekiranya terdapat salah dan kurang dalam cerita, minta diampunkan, aku hanya menceritakan kembali apa-apa yang aku ingat. Salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan